Tuesday, June 14, 2022

Terma & Syarat

Perkara 1

Penyewa tidak boleh membenarkan individu lain memandu kenderaan yang disewa. Istilah Penyewa yang diguna pakai dalam perjanjian ini merupakan Pemandu kenderaan sewa.


Perkara 2

Harga sewaan motosikal adalah berdasarkan syarat dan persetujuan bersama.



Perkara 3

Motosikal tidak boleh gunakan untuk aktiviti jenayah tertakluk kepada undang- undang Kerajaan Malaysia.



Perkara 4

Sekiranya berlaku kerosakan akibat kecuaian atau kemalangan dalam tempoh menyewa, penyewa perlu bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi.



Perkara 5

Penyewa bertanggungjawab ke atas sebarang saman yang dikenakan pihak berkuasa dalam tempoh menyewa.



Perkara 6

Motosikal hanya boleh digunakan dalam kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sahaja. Jika didapati digunakan diluar kawasan tersebut, caj tambahan boleh dikenakan kepada penyewa mengikut budi bicara pihak syarikat.


No comments:

Post a Comment